UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

BN setuju kekal pembangkang

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) setuju untuk kekal sebagai pembangkang buat masa ini.

Perkara ini dimaklumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini memutuskan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong PH mahupun PN. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya.