UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

BSD bertemu penyewa UUM lontar cadangan dan idea

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Mohd Khairi Ja’afar
Gambar Aina Najihah Mahyuddin/UUM Today

SINTOK, 20 Mac – Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD) melalui Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Perlesenan (B3P) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Premis Perniagaan dan Sesi Taklimat Kepada Para Penyewa UUM di Bilik Mesyuarat BSD, baru-baru ini.

Majlis ini telah dihadiri oleh enam peniaga tempatan yang mewakili perniagaan Primaleeya Enterprise untuk lot perniagan VM04 Varsity Mall, Manek Resources Sdn Bhd untuk lot perniagaan VM63 Varsity Mall, QZI Resources untuk lot perniagaan VM66 Varsity Mall, D Fotocopy Enterprise untuk lot perniagaan P31 Inasis YAB, Aspiration One Enterprise untuk lot perniagaan P34 HOP IN dan M3000 Sdn Bhd untuk lot perniagaan P35, PSB.

Pengurus Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Perlesenan (B3P), Dr. Hisham Mohammad yang mewakili Pengarah BSD berkata, tujuan utama majlis ini diadakan adalah bagi sesi pertemuan dan ramah mesra antara pihak BSD UUM dengan peniaga, selain majlis simbolik penyerahan kunci premis perniagaan kepada peniaga yang terlibat.

Selain itu, menurutnya, majlis ini turut menjadi platform perbincangan antara kedua-dua belah pihak di mana perniaga dapat mengajukan sebarang bentuk pertanyaan dan persoalan serta permasalahan kepada pihak BSD untuk tujuan dibincangkan dan diselesaikan dengan kadar yang segera.

Sementara itu, pemilik Aspiration One Enterprise, Wan Azizi Wan Ibrahim berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pihak BSD melalui sesi interaksi antara pihak BSD dengan peniaga melalui Majlis Penyerahan Kunci Premis Perniagaan dan Taklimat Kepada Para Penyewa UUM.

“Ini merupakan kali pertama pihak BSD mengadakan majlis seperti ini yang mana ianya membuka ruang dan peluang kepada usahawan untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak BSD dan bertanyakan sebarang kemuskilan,” katanya.

Bagi Sufian Mustakim daripada QZI Resources, beliau gembira dapat bertanyakan pelbagai soalan kepada pihak BSD di mana pihak BSD sangat terbuka dengan lontaran cadangan, pandangan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh pihak peniaga.

Beliau telah mengajukan beberapa persoalan antaranya cadangan penambahan kerusi meja tambahan di ruangan Food Court Varsity Mall, kaedah terbaik dalam memberi notifikasi berkenaan pengurangan sewa 50 peratus sewaktu cuti semester dan surat makluman awal berkenaan perniagaan-perniagaan yang berjaya mendapat pengurangan 50 peratus sewa.  

Sesi interaksi dan soal jawab telah dikendalikan oleh Pegawai Tadbir B3P BSD, Mohd Khairi Ja’afar.