UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

BSD kenal pasti kerosakan di Varsity Mall UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Jamilah Ismail
Gambar Aina Najihah Mahyuddin/UUM Today

SINTOK, 21 Mac – Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD) melalui Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Perlesenan (B3P) telah mengadakan lawatan pemantauan premis perniagaan di Varsity Mall bersama-sama Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI), kelmarin.

Pengurus B3P BSD, Dr. Hisham Mohammad berkata, B3P telah menetapkan 10 objektif lawatan pemantauan ini antaranya mengenalpasti kerosakan-kerosakan minor dan major yang berlaku di Varsity Mall UUM termasuk premis perniagaan yang terlibat.

Selain itu, menurutnya, beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya penambahan kerusi dan meja makan di food court, pembaikan premis-premis perniagaan tertentu untuk cadangan kemasukan perniagaan baharu berasaskan F&B, cadangan pemindahan meter elektrik dari dalam premis ke luar premis, keperluan pemasangan alat pemadam api di kawasan-kawasan tertentu, mewujudkan saluran kumbahan ke ‘main hole’ bagi premis F&B, baik pulih kebocoran pada atap bangunan dan pemasangan ‘waterproofing’ di dinding surau dan kawasan belakang premis, baikpulih saluran perparitan bangunan, semakan fungsi CCTV di sekitar bangunan selain cadangan pemindahan peralatan serta kelengkapan barangan penyewa lama yang dibiarkan di Varsity Mall menjadi antara agenda perbincangan.

Lawatan yang disertai staf dan wakil daripada JPPI terdiri daripada Unit Elektrik, Unit Elektronik, Unit Awam, Unit Arkitek dan Unit Landskap ini juga turut memantau proses pengurusan sisa pepejal dan pendawaian elektrik di premis perniagaan, pemantauan terhadap kekerapan kerosakan pada ‘auto door sensor’ di pintu masuk hadapan dan belakang bangunan di Varsity Mall selain memantau tahap kebersihan serta risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan.