UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Bubur lambuk Sri Sintok dirasai bersama komuniti UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Wan Muhamad Hafis Wan Khazali

Gambar ARICG/UUM Today

SINTOK, 1 April – Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah menyertai Program Memasak Bubur Lambuk Seri Sintok sempena Ramadan anjuran Kelab Ukhuwwah bertempat di dapur memasak Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran berkata, setiap kali Ramadan tiba, sudah menjadi tradisi bagi warga UUM untuk memasak bubur lambuk dan diagihkan kepada komuniti sekitar.

Menurutnya, program seperti ini sememangnya dapat mengerat silaturahim sesama staf pentadbiran dan akademik melalui amalan gotong royong dalam menyediakan bubur lambuk.

“ARICG bersama dan stafnya telah membuat edaran bubur lambuk di sekitar UUM, antaranya kepada pelajar antarabangsa yang menginap di Inasis Maybank, UUM International School dan pondok pengawal Unit Keselamatan.

“Kita mahu semua komuniti di UUM dapat merasai bubur lambuk ini yang merupakan resipi turun temurun disediakan,” katanya.

Sebanyak 100 pek bubur lambuk yang disediakan ARICG telah diedarkan ke seluruh komuniti di UUM.