UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Bubur lambuk Sri Sintok KKRB ke sempadan Malaysia-Thailand

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Joezainy Ismail

Gambar Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Bendahari/UUM Today

SINTOK, 27 Mac – Bubur lambuk Sri Sintok merupakan juadah istimewa di Universiti Utara Malaysia (UUM) saban kali datangnya Ramadan.

Atas keenakan bubur lambuk Sri Sintok, Pusat Islam telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Sri Sintok di mana pusat tanggungjawab yang mengambil bahagian akan mendapat giliran yang ditetapkan bagi menyediakan menu istimewa ini.

Tidak ketinggalan mengambil bahagian ialah Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Bendahari (KKRB) dengan penyertaan seramai 30 ahli.

Pengerusi KKRB, Noraidani Ismail berkata, KKRB mengambil peluang melakukan program tanggungjawab sosial korporat (USR) dengan membuat edaran ke Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Bukit Kayu Hitam, Balai Polis Bukit Kayu Hitam, petugas di Pos Sempadan Malaysia-Thailand Bukit Kayu Hitam, Balai Polis Changlun dan Klinik Kesihatan Changlun.

Menurutnya, KKRB turut menyerahkan Bubur Lambuk Sintok kepada Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Sintok.

“Bubur Lambuk Sri Sintok ini amat terkenal kerana keenakan bubur ini yang lain dari yang lain.

“Penggunaan udang dan daging segar yang dibekalkan dari pasar Changlun berjaya membuatkan rasa bubur ini lain dari kebiasaan dan ia sentiasa dinantikan oleh pekerja dan pelajar di universiti ini,” katanya.