UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

‘Buttermilk Golden Egg ADABI Casted Tilapia’ pilihan juri

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar STML/UUM Today

SINTOK: Hidangan masakan air tawar diberi nama ‘Buttermilk Golden Egg ADABI Casted Tilapia‘ menjadi pilihan juri dalam Green Master Chef sempena STML Green Carnival 2023, baru-baru ini.

Dihasilkan oleh kumpulan Chef’s Choice yang dianggotai oleh Dr. Ezanee Mohamed Elias dan Amaram Mohamed telah membolehkan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150, hamper tajaan ADABI dan sijil penyertaan.

Masakan mereka berjaya menambat hati juri dari Kedah Chef Association (KCA) iaitu Cef Zainurin Zainon selaku ketua juri, Intan Shafinaz Jamialafandi dari ADABI dan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Prof. Dr. Nor Hasni Osman.

Tempat kedua dimenangi pasangan suami isteri dari kumpulan Gelora Asmara iaitu Dr. Siti KhadiJah Hubadillah dan Dr. Mohd Riduan Jamalludin dengan masakan Nasi Beriyani Ikan Talapia Masak Merah ADABI.

Tempat ketiga dimenanangi oleh sahabat baik yang juga staf STML daripada kumpulan Sinar iaitu Latipah Ariffin dan Aliaa Manall dengan hidangan Ikan Talapia Masak Tiga Benua.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM100 dan RM50 berserta hamper tajaan ADABI dan sijil penyertaan.

Program yang mendapat tajaan penuh dari ADABI ini telah disertai oleh penduduk kampung sekitar Sintok dan kakitangan UUM sendiri. Sebanyak enam kumpulan telah berentap mempersembahkan hidangan berasaskan ikan talapia.

Dekan STMl, Dr. Nor Hasni berkata, matlamat utama program ini adalah untuk menerapkan amalan ‘green’ atau lestari dalam pertandingan masakan ikan air tawar ini.

Menurutnya, sasaran program adalah komuniti, penduduk sekitar Sintok serta kakitangan UUM sebagai memberi peluang komuniti setemmpat untuk saling mengenali, merapatkan ukhuwah dan bersama-sama menjayakan aktiviti lestari itu.

“Menerusi program ini akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan komuniti dan staf UUM untuk menghargai alam sekitar dan menjaga alam sekitar melalui konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

“Kecintaan terhadap alam sekitar ini boleh direalisasi melalui aktiviti masakan bersama-sama,” katanya.