UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Career Day 2.0 ruang pelajar UUM cari pekerjaan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar PKPK/UUM Today

SINTOK: UUM Mini Career Day 2.0 memudahkan pelajar universiti ini khususnya pelajar tahun akhir untuk mendapatkan peluang kerjaya.

Pengarah Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya (PKPK), Dr. Fikriyah Abdullah berkata, program ini diadakan secara terbuka kepada semua terutamanya pelajar-pelajar tahun ketiga dan akhir semester agar mereka dapat mempelajari ilmu kerjaya.

Di samping itu, menurutnya, sebagai persiapan awal untuk menempuh alam pekerjaan kerana secara tidak langsung pelajar dapat mendengar sendiri perkongsian dari perspektif majikan dan juga mereka yang telah menempuh alam pekerjaan.

“Antara objektif lain program ini ialah dapat mendekatkan pihak industri dengan warga kampus UUM melalui maklumat yang disalurkan dalam setiap sesi yang dijalankan, selain dapat memberi peluang kepada UUM sendiri untuk bekerjasama dengan syarikat luar yang memainkan peranan penting di dalam Malaysia ini,” katanya.

Pameran kerjaya ini mendapat penyertaan daripada beberapa syarikat antaranya ialah Zurich Takaful Malaysia Berhad, FWD Malaysia, Merdeka Center, 99 Speedmart dan lain-lain lagi.

Selain daripada pameran kerjaya, PERKESO turut mengadakan sesi semakan resume kepada pelajar secara percuma bagi membantu pelajar menyediakan resume yang lebih berkualiti dengan menggunakan format yang betul.- Anis Zulaikha Kamal