UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

CeTMA terima kunjungan LZNK

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Hasliza Shafie/UUM Today

SINTOK, 3 April – Pusat Pengujian Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) telah menerima lawatan penandaarasan dari Bahagian Analitik dan Data Raya, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) pada Isnin lalu.

Delegasi LZNK disambut oleh Pengarah CeTMA, Prof. Madya Dr. Masnita Misiran dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah CeTMA Prof. Madya Dr. Zahayu Md Yusof serta Felo Penyelidik CeTMA, Prof Madya Dr. Nor Idayu Mahat dan Prof. Madya Ts. Dr. Izwan Nizal Mohd Shaharanee.

Dr. Masnita berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi idea dan membincangkan berkenaan Analytics Solution.

Pihak CeTMA telah berkongsi beberapa paparan papan pemuka yang telah dihasilkan daripada data dapatan kajian serta data daripada pangkalan data. Antaranya ialah Dashboard Sustainalytics: Recycling Centre Performance Analysis yang dibina untuk memantau keberkesanan Pusat Kitar Semula yang memaparkan data sebenar yang dikumpul melalui Aplikasi Eidaman, serta menunjukkan kemajuan projek secara “real-time”. Selain itu, Dashboard Staff Happiness and Satisfaction 2023 serta Dashboard Masjid Abidin turut dikongsikan.

Sesi perbincangan ini turut merangkumi beberapa perkara penting seperti pembersihan data dan library data.

Dr. Masnita menyatakan bahawa CeTMA bebesar hati ingin membantu serta berkongsi pengalaman dengan pihak LZNK dalam pengurusan dan penganalisaan data.

Sementara itu, Pegawai LZNK, Fadzil berkata, sesi ini telah memberikan banyak input dan idea baru kepada Bahagian Analitik dan Data Raya yang baru ditubuhkan pada tahun 2023 untuk merancang proses pengurusan data di LZNK.