UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

CIAC raikan pelajar mobiliti ‘inbound’

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Anith Raihana Zahari dan Mohd Azri Abdul Aziz

Gambar CIAC/UUM Today

SINTOK, 28 Januari – Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah meraikan 58 pelajar mobiliti ‘inbound’ bagi Semester A231 sesi 2023/2024 di Pusat Islam pada Isnin lalu.

Majlis yang dihadiri oleh Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Prof. Dr. Shukri Ahmad itu bertujuan meraikan pelajar mobiliti ‘inbound’ tersebut di atas kejayaan mereka menamatkan program pertukaran pelajar.

Prof. Madya Dr. Norliza Katuk yang mewakili Pengarah CIAC berkata, pelajar mobiliti ‘inbound’ diminta untuk mempromosikan UUM di universiti masing-masing agar lebih ramai pelajar luar datang ke UUM.

Menurutnya, pelajar tersebut juga dialu-alukan untuk menyambung pengajian mereka di UUM di peringkat Ijazah sarjana dan Ijazah doktor falsafah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada kalangan pelajar mobiliti ‘inbound’ tersebut. Antaranya, persembahan pembukaan iaitu tarian tradisional Indonesia oleh pelajar dari Universitas Islam Indonesia (UII) dan pesembahan nyanyian oleh pelajar dari BINUS University Indonesia, UII dan Baoding University China.

Kesemua pelajar tersebut telah menerima sijil tamat mobiliti yang disampaikan oleh Dr. Shukri.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Industri Kreatif dari UII, Gelegar Carnellian Talenta berkata, banyak ilmu yang diperolehi, kawan-kawan yang sangat peramah dan sedia membantu.

“Saya berharap berpeluang untuk kembali ke sini sekiranya diberikan peluang,” katanya.

Pihak CIAC berharap agar setiap pelajar akan menceritakan segala pengalaman mereka dan akan membantu mempromosikan UUM kepada rakan-rakan mereka di universiti masing-masing, sekali gus dapat meningkatkan lagi jumlah pelajar mobiliti ‘inbound’ ke UUM pada semester hadapan.