
Cokmar adalah alat kebesaran sepanjang Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia kali ke 34 berlangsung selama lima hari.
Setiap kali majlis konvokesyen, Cokmar akan dibawa oleh Bentara mengiringi Canselor, Pro-Canselor dan Naib Canselor.
Konsep dan reka bentuk yang ringkas melambangkan kecergasan dan kedinamikan melaksanakan aktiviti-aktiviti UUM.

Manakala, rasional cokmar ini terdiri daripada lima bahagian yang melambangkan Keislaman dan Rukun Negara Malaysia berbentuk obor yang sentiasa bernyala untuk melambangkan kehidupan.
Cokmar ini juga diukir bermotifkan Lambang Kerajaan Malaysia, Lambang UUM, Bunga Kebangsaan Malaysia, Khat Nama Universiti dan Obor Lambang Keilmuan.

Sempena Konvokesyen kali ke-34 yang berlangsung selama lima hari, pembantu am Jabatan Pendaftar UUM, Muhammad Hamizan Bistomi memastikan Cokmar ini sentiasa berkilat dan bersih sebelum majlis perarakan bermula.