UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Coolio meninggal dunia pada usia 59

Gambar PAUL BERGEN/REDFERNS/GETTY IMAGES

Legenda rap yang juga pemenang Grammy, Coolio,  ditemui meninggal dunia di usia 59 tahun. Pengurusnya, Jarez Posey, mengesahkan kematian penyanyi rap yang terkenal dengan lagu “Gangsta’s Paradise” kepada Rolling Stone namun punca kematian masih belum diketahui.

Leon Ivey Jr., nama sebenar Coolio, yang dilahirkan pada 1963 menemui kemasyhuran apabila single pertama “Fantastic Voyage” dari album pertamanya berada di kedudukan ketiga dalam senarai Billboard Hot 100. Namun namanya semakin melonjak apabila “Gangsta’s Paradise” yang dikeluarkan pada 1995 menjadi satu daripada runut bunyi dalam filem Dangerous Minds lakonan Michelle Pfifer.

Malah “Gangsta’s Paradise” yang menjulang namanya dalam persada rap dunia memenangi anugerah Grammy malah menjadi single yang memiliki jualan terbaik sepanjang 1995 kerana berada dalam kedudukan kedua terbaik selama 12 minggu berturut-turut dalam senarai Billboard Top 100 ketika itu. Malah video muzik “Gangsta’s Paradise” berjaya memenangi anugerah “best rap video award” dalam Anugerah Muzik Video MTV 1995.