UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

CSR UUM beri manfaat kepada komuniti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Anis Husna Yahya (Pelajar Pelatih Pusat Alumni)

Gambar Pusat Alumni/UUM Today

YAN, 11 Mac – Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui Pusat Alumni UUM dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau di Sekolah Rendah Integrasi Islam (SRITI) Pusat Tahfiz Ibnu Abbas.

Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lili Julienti Abu Bakar berkata, program ini merupakan satu inisiatif penting dalam membina jalinan hubungan yang lebih dekat serta memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.

Menurutnya, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau juga sudi bekerjasama dalam menjayakan program ini dalam memberikan khidmat kepada komuniti. 

Program ini telah dirasmikan oleh EXCO Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Mohd Azam Abd Samat.

Antara pengisian, sesi motivasi kepada pelajar seramai 41 orang yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024/2025 disampaikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali.

Selain itu, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah juga turut memberikan sumbangan keperluan asas seperti beras, gula dan bihun kepada komuniti sekitar seramai 42 orang.

Di samping itu, rumah asnaf yang terpilih untuk dibuat penambahbaikan pula ditaja oleh HL Padu Entereprise dan alumni UUM bukan sahaja kembali berbakti menyumbangkan ilmu tetapi juga sumbangan penajaan program.

Pusat Alumni mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan kerjasama iaitu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah, HL Padu Entreprise, Let’s Play Perfomance, Pulun Cetak CPH.