UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

‘CUIC Berkongsi Rezeki’ edar bubur lambuk percuma

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar CUIC

SINTOK: Bubur lambuk yang sinonim setiap kali kedatangan Ramadan menjadikan juadah itu sebagai pilihan makanan untuk diagihkan kepada orang ramai untuk juadah berbuka puasa.

Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman berkata, tujuan mengedarkan bubur lambuk adalah berkongsi rezeki dengan penduduk sekitar Changlun.

“Alhamdulillah, syukur semua berjalan dengan lancar, dari proses memasak hingga proses edaran dan makanan dapat diberikan kepada penduduk setempat di sekitar Changlun menerusi Program CUIC Berkongsi Rezeki- Ramadan 1444H.

“Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga UUM dan masyarakat setempat,” katanya.

Staf CUIC dan Pusat Islam UUM telah bersama-sama membantu memasak dan seterusnya membungkus bubur lambur untuk diedarkan.

Program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang kerana dengan adanya program sebegini selain dapat mengimarahkan bulan Ramadan itu sendiri, di samping dapat mengukuhkan lagi semangat kerjasama warga UUM dan komuniti setempat.