UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

CUIC dan Bank Rakyat fokus memasyarakatkan universiti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar CUIC/UUM Today

KUALA LUMPUR, 3 April – Yayasan Bank Rakyat didaftarkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dalam bidang pendidikan serta pembangunan modal insan. 

Selain memfokuskan kepada peningkatan tahap pendidikan rakyat Malaysia, ia juga memberi penekanan kepada meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat.

Selari dengan hasrat memasyarakatkan universiti pihak Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pertemuan ringkas dengan pihak pengurusan Yayasan Bank Rakyat pada Isnin lalu untuk melihat kepada ruang dan peluang untuk berkerjasama.

Pengarah CUIC, Prof Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata, pertemuan ini tertumpu kepada inisiatif pemindahan ilmu untuk memasyarakatkan universiti dengan fokus utama kepada peningkatan pendapatan, di samping memfokus kepada aspek peningkatan pengetahuan serta pembelajaran sepanjang hayat.  

Dr. Chandrakantan telah membentangkan beberapa konsep pemindahan ilmu yang berjaya dan sedang dijalankan di UUM dan pihak yayasan menerima baik dan terbuka untuk melihat bagaimana kerjasama antara dua pihak dapat direalisasikan.

Menurutnya, tenaga akademik UUM harus mengambil peluang untuk lebih memperbanyakkan lagi inisiatif pemindahan ilmu untuk membantu rakyat di sekeliling lembah Sintok secara khusus dan sekitar Kedah amnya.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ketua Bahagian Operasi, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Program, Muhammad Khalil Kader Mydin.