UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Dalami ilmu kenali Allah untuk hidup lebih teratur

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Wan Norzuhaidi Wan Abdullah/UUM Today

SINTOK: Mempelajari ilmu agama adalah diwajibkan kepada semua umat Islam walau di mana sekalipun berada.

Sehubungan itu, Pusat Islam telah menganjurkan Program Pengajian Kitab Turath Aqidah selama dua hari pada 16 Oktober lalu di Dewan Seminar Pusat Islam.

Kitab Tanbihul Waro karangan ulama Mesir, Syeikh Sidi Ahmad Ad-Dardir yang diterjemahkan oleh Ustaz Luqman Abd Nasir telah berjaya dikhatamkan oleh 80 peserta program dalam tempoh dua hari pengajian.

Kitab ini adalah begitu istimewa kerana peserta dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat Allah SWT dan menyakininya dengan penuh keimanan.

Menurut Pengarah Pondok Zawiyah Nasiriyyah, Syeikh Mohd Nazrul Abd Nasir Al Azhari, mempelajari sifat-sifat Allah adalah wajib kepada semua umat Islam yang berakal.

Menurutnya, setelah mengenal Allah barulah iman umat Islam akan lebih mantap dan mentaati segala perintah-Nya.

“Selain mempelajari Al-Quran, mengaji kitab juga adalah fardhu ain dan sangat penting agar hidup kita akan lebih terarah,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie juga menjelaskan bahawa kepentingan menuntut ilmu mengenali Allah (makrifatullah) sangat dititik beratkan dalam agama Islam sebelum melaksanakan ibadah-ibadah yang lain.

Beliau berharap lebih ramai yang akan menyertai program sedemikan pada masa hadapan dalam usaha mencari ilmu Allah itu. – Rozita Mohd Rejab