UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Dana Sosial Takaful IBS UUM perkasa usahawan SME

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Dr. Mohamad Yazid Isa

Gambar Dr. Siti Latipah Harun/UUM Today

SINTOK, 3 April – Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) merupakan tunjang utama sesebuah negara kerana ia menjana ekonomi serta mencipta jutaan pekerjaan terutama bagi golongan masyarakat bawahan dan pertengahan.

Sehubungan itu, Dana Sosial Takaful Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi projek pemerkasaan usahawan telah merangka satu pendekatan untuk membantu usahawan serta menyelami permasalahan yang dihadapi oleh golongan ini terutama dari aspek pemasaran, literasi kewangan dan pengurusan risiko.

Sebanyak 24 kumpulan pelajar IBS UUM telah menyantuni 24 usahawan di sekitar Changlun dan Sintok bagi menawarkan khidmat nasihat serta bimbingan perniagaan bermula November 2023 hingga Februari 2024.

Pelajar telah melaksanakan beberapa inisatif bagi membantu usahawan dalam aspek pemasaran, pengurusan kewangan serta mempertingkatkan pendapatan perniagaan, disusuli dengan dua siri bengkel pengurusan kewangan dan perancangan takaful untuk usahawan yang dianjurkan oleh pensyarah pembimbing yang diketuai Dr. Siti Latipah Harun.

Projek yang mendapat sokongan FWD Takaful ini menghasilkan beberapa impak awal kepada usahawan antaranya penyediaan sepanduk baru (23 usahawan), penyediaan pembayaran secara online QR Code (10 usahawan) serta pemasaran menerusi media sosial (15 usahawan).

Fasa berikutnya, projek ini akan menumpukan kepada kesedaran usahawan terhadap literasi kewangan serta pendedahan peranan takaful dalam menguruskan risiko dalam menjamin kesejahteraan sosial, keluarga dan perniagaan.