UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Dapatkan 1000 Cyntok Bhatik Edisi Terhad di LIMA’23

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

LANGKAWI – Pengunjung LIMA’23 berpeluang untuk membeli Cyntok Bhatik edisi khas dengan harga istimewa di booth Universiti Utara Malaysia (UUM) mulai esok 23 Mei 2023.

Ketua Penyelidik Projek Komuniti Cyntok Bhatik, Prof Madya Ts Dr Adzrool Idzwan Ismail berkata, batik yang siap dijahit sebanyak 1000 helai yang akan dijual ini adalah hasil usaha sepasukan penyelidik Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA).

“Batik yang berindentiti olahan dari tumbuh-tumbuhan sekitar UUM yang bercorakkan akar dan buah Sintok serta daun pokok bunga kertas akan menjadi pilihan pengunjung bukan sahaja dari Malaysia malah luar negara nanti’ ujarnya ketika ditemui semasa membuat persiapan di booth UUM.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan batik ini jangan lupa kunjungi booth UUM di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri Langkawi mulai 23 Mei hingga 27 Mei 2023.

Pameran LIMA’23 kali ini menyaksikan penyertaan dari 600 buah negara yang disertai oleh 45,000 peserta.