UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Dato’ Ammar sumbang RM25,000 bantu golongan B40

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Hairul Nizam Zahari/UUM Today

SINTOK: Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dato’ Ammar Shaikh Mahmood Naim menyerahkan cek berjumlah RM25,000 kepada Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan bagi membantu pelajar golongan B40.

Beliau menjelaskan bahawa sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar yang menghadapi cabaran ekonomi, terutamanya mereka yang tidak dapat menduduki peperiksaan atau menghadiri majlis graduasi.

“Semoga dengan sumbangan ini mampu membantu pelajar yang mempunyai masalah untuk menduduki peperiksaan kerana masalah tunggakan yuran dan sebagainya.

“Saya berharap agar pelajar-pelajar yang menerima sumbangan ini akan belajar dengan tekun dan memberikan sepenuh usaha dalam pengajian mereka. Kita ingin melihat mereka berjaya dan membawa perubahan positif dalam hidup mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek di sini, pagi tadi.

Sumbangan tersebut dianggap sebagai langkah proaktif dari pihak universiti dalam memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan, khususnya di tengah-tengah cabaran ekonomi yang dihadapi oleh beberapa individu.

Semoga sumbangan tersebut dapat menjadi contoh bagi pihak lain untuk turut serta dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail, Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah dan Bendahari, Abdul Roni Baharom. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelatih Pelatih dari SMMTC)