UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Dua pelajar cemerlang sarjana muda UUM terima keahlian seumur hidup Persatuan Alumni

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Eriq Hazriq Nordin (Pelajar Pelatih dari SMMTC)/UUM Today

SINTOK: Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia (PAUUM) telah melantik dua penerima Anugerah Persatuan Alumni sebagai ahli seumur hidup PAUUM sempena Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM, semalam.

Penyerahan cek dan sijil pelantikan tersebut disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UUM, Zambri Mat kepada Aina Mohamad Najib, graduan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dan Siti Nur Athirazatti Rohizad, Sarjana Muda Undang-undang dan Perniagaan.

Zambri (tiga, kanan) menyerahkan cek kepada Aina di Majlis Penyerahan Cek dan Pelantikan Ahli Seumur Hidup Kepada Penerima Anugerah Persatuan Alumni UUM di EDC UUM.

Zambri turut beramah mesra dengan ibu bapa dan pelajar tersebut serta berkongsi tips dan pengalaman dalam dunia pekerjaan.

“Kita kena sentiasa selangkah di hadapan dan sentiasa bersedia dengan apa yang akan kita lakukan,” katanya di Majlis Penyerahan Cek dan Pelantikan Ahli Seumur Hidup Kepada Penerima Anugerah Persatuan Alumni UUM di EDC UUM.

Siti Nur Athirazatti (empat, kiri) menerima cek dan surat pelantikan daripada Zambri di Majlis Penyerahan Cek dan Pelantikan Ahli Seumur Hidup Kepada Penerima Anugerah Persatuan Alumni UUM di EDC UUM.

Turut hadir Naib Presiden II PAUUM, Muhammad Iskandar Zulkarnain Mohamad Suhaimi. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)