UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Dua pelajar UUM dinobatkan sebagai Ejen Zurich Padawan Muda

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar PPKKG UUM/UUM Today

PUTRAJAYA, 15 Januari – Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) telah dipilih sebagai Ejen Zurich Padawan Muda pada Majlis Zurich Takaful 2024 Sales Conclave anjuran Zurich Takaful.

Pelajar berkenaan, Nur Amira Fadzila Mohd Kamsatul Aidi dan Noor Shahira Badrun merupakan Padawan Zurich kohort kedua yang telah menyertai Program Zurich Padawan anjuran School of Hard Knocks, Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG).

Kedua-dua pelajar ini telah berjaya dipilih Ejen Zurich Padawan Muda kerana telah mencapai Target Sales sepanjang program Padawan Zurich dijalankan.

Nur Amira Fadzila berkata, program ini dapat memberi pendedahan dan berasa lebih bersemangat untuk terus mencapai sasaran jualan yang lebih tinggi.

“Saya juga berterima kasih kepada Zurich yang memilih saya dan juga UUM atas kepercayaan diberikan,” katanya.

Sementara itu, Noor Shahira berkata, beliau teruja apabila dipilih menjadi ejen Zurich. – Anis Zulaikha Kamal