UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Duta Besar China sumbang RM65,000 biasiswa kepada pelajar UUM

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Sintok: Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menyalurkan sumbangan sebanyak RM65,000 kepada Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) di Balai Tamu, semalam. 

Dana ini merupakan biasiswa yang telah diberikan kepada 65 pelajar SOIS pada tahun 2023 bagi meneruskan pengajian di UUM.

Pada masa ini, seramai 744 pelajar dari China melanjutkan pelajaran di UUM yang terdiri daripada 679 pelajar pascasiswazah dan 65 pelajar sarjana muda.

Beliau menyampaikan cek cura kepada Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan sejurus sebelum kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

Prof. Dr. Mohd Foad berkata, UUM amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar China ke Malaysia bersama delegasi. 

“Bagi pihak UUM, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia atas kebaikan dan kemurahan hati mereka dalam menyumbang Biasiswa Duta Besar China,” ujarnya. 

Biasiswa ini adalah hasil usaha pihak pengurusan SoIS untuk memulakan hubungan dengan Kedutaan China di Malaysia sejak tahun 2022.

UUM berhasrat untuk mengekalkan dan mengukuhkan kerjasama dengan Kedutaan China di Malaysia yang memberi impak positif serta memupuk manfaat bersama.