UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

DYTM RAJA MUDA & DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAH DI BOOTH UUM SEMPENA LIMA’23

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

LANGKAWI – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah perkenan mencemar duli mengunjungi reruai Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena Pameran Udara dan Maritin Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.

Ketibaan baginda disambut oleh Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan.

Ketika berada di reruai itu, Raja Muda Kedah dan Tunku Mahkota disembah maklum mengenai Cyntok Bhatik yang menjadi produk UUM yang dipamer dan dijual di booth UUM sempena LIMA’23 selain daripada menyaksikan pameran produk penghasilan penyelidik-penyelidik dan tawaran mengenai pengajian di universiti ini.

Penyertaan UUM ini adalah kali kedua dalam pameran LIMA’23 yang menyaksikan penyelidik dalam kalangan staf universiti masing-masing menengahkan hasil inovasi mereka.