UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Empat negara Arab sokong usaha Syria kuasai semula wilayahnya

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Fail/REUTERS

KAHERAH: Menteri Luar Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Iraq dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, bersepakat untuk menyokong usaha Syria menguasai semula wilayah di negara itu, lapor Sputnik.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan mereka dari Syria, Faisal Mekdad di Amman.

Pertemuan itu adalah kesinambungan daripada rundingan mengenai Syria yang bermula pada April di bandar Jeddah, Arab Saudi.

“Kami bersetuju untuk menyokong Syria dan institusinya dalam sebarang usaha yang sah untuk menguasai semula wilayahnya, mewujudkan kedaulatan undang-undang, menamatkan kehadiran kumpulan bersenjata dan pengganas di Syria.

“Kami juga sepakat untuk bekerja bersama-sama menghentikan campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Syria,” menurut kenyataan bersama itu yang dikeluarkan Kementerian Luar Jordan. – BERNAMA