UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Enam buku UUM dilancar di Brunei

BRUNEI: Bagi tujuan mengantarabangsakan penerbitan ilmiah khususnya dalam kalangan penerbit negara serumpun, Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui UUM Press dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berjaya menerbitkan enam buku pelbagai bidang hasil penulisan ahli akademik dari dua institusi berkenaan.

Enam buku itu ialah Aplikasi dan Penyelesaian Islam: Isu Kontemporari Pandemik COVID-19, Strategies for Dealing with Workplace Problems dan Consumer Buying Behaviour: A Malaysian Perspective, Dimensi Agromakanan Halal, Peranan Guru Rabbani dalam Kelangsungan Pendidik Tauhidik dan Balai Cerap Astronomi Menjunjung Wahyu Mengukuh Tamadun.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro-Canselor UNISSA telah melancarkan kesemua buku berkenaan sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-12 universiti utama di Brunei itu baru-baru ini.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dibawa melihat buku UUM Press yang dilancarkan di UNISSA. Gambar: Media Permata

Selain buku terbitan UUM Press, turut dilancarkan 28 buku lain yang diterbitkan bersama IIUM Press, USIM Press dan Airlangga University Press, Indonesia.