UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

FASTRAIN beri pendedahan awal kepada kaunselor pelatih

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya/UUM Today

SINTOK: Program ‘Facilitator Skills Training’ (FASTRAIN) merupakan platform terbaik untuk memberi input kepada pelajar praktikum sebagai kaunselor pelatih.

Program anjuran Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya (PKPK) ini mendedahkan semua kaunselor pelatih PKPK panduan mengendalikan sesi kelompok (support group) kepada klien yang mempunyai isu kesihatan mental serta bagaimana cara berkomunikasi dengan individu yang mempunyai isu seumpama ini.

Pegawai Kaunseling, Faezah Nayan berkata, sepanjang program ini dilaksanakan, kaunselor pelatih telah diberikan pendedahan berkenaan perkara yang perlu dan tidak perlu dilaksanakan semasa mengendalikan sesi kaunseling bersama klien.

Di samping itu, katanya, mereka dilatih menjadi lebih mahir dalam mengaplikasikan teknik membumi ini dengan lebih baik kepada klien.

“Saya berharap agar program seperti ini dapat memberi impak yang positif kepada peserta, di samping dapat membantu kaunselor pelatih membuat penyesuaian diri sebagai kaunselor pelatih yang efektif,” ujarnya.

Sementara itu, Kaunselor Pelatih, Nurul Izni Banun berkata, program FASTRAIN ini dapat memberi pendedahan dan melatih kaunselor pelatih dalam mengendalikan klien.

Menurutnya, banyak input yang diterima bagi membantu kaunselor pelatih sepertinya dalam mengendalikan klien yang mengikutisesi kaunseling. – Angela Selia Anak Jaie (Kaunselor Pelatih)