UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Finexus akan tubuhkan inkubutor ICT di UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Mohd Khairi Ja’afar/UUM Today

KUALA LUMPUR: Finexus Sdn Bhd, syarikat perkhidmatan teknologi dan kewangan terkemuka yang menghubung dan menawarkan perkhidmatan untuk para pengguna, perniagaan, bank dan bank pusat akan menubuhkan inkubator teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Penubuhan inkubator ICT bertujuan melatih pelajar UUM membiasakan diri dalam teknologi terkini yang digunakan di dunia perniagaan dan perbankan.

Finexus juga akan membantu menaja projek pelajar berteraskan ICT dan internet of things (IoT), selain program latihan temuduga industri, projek komuniti seperti FoodBank dan kerjasama pembangunan kajian kes industri

Kerjasama berkenaan terangkum dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dengan Finexus Sdn Bhd yang ditandatangani pagi tadi.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan menandatangani bagi pihak UUM, manakala Finexus diwakili Pengarahnya, Lee Keng San.

Dr. Mohd Foad berkata, pelbagai ruang dan peluang kerjasama bakal dilaksanakan pada tahun hadapan, antaranya projek Inkubator UUM-Finexus, penajaan oleh pihak Finexus kepada UUM bagi projek-projek pelajar berteraskan teknologi tinggi.

Naib Canselor turut menyarankan semua pusat pengajian dan pusat tanggungjawab agar meningkatkan hubungan antara universiti dan industri.

Ujarnya, pusat pengajian dan pusat tanggungjawab perlu meningkatkan lagi hubungan dengan pihak industri bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran graduan, selain menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan aplikasi, pemindahan teknologi dan sebagainya.

Dr. Mohd Foad juga berkesempatan berjumpa dengan 10 alumni UUM yang bekerja di Finexus Sdn. Bhd.

Hadir sama, Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Osman Ghazali dan penjawat Pusat Pengajian Pengkomputeran serta pegawai Finexus Sdn. Bhd.

Sebelum itu, delegasi UUM yang diketuai Naib Canselor dibawa melawat sekitar Finexus termasuk pertemuan dengan staf di situ yang terdiri daripada alumni UUM.