UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Fng Ah Seng dilantik semula sebagai profesor Adjung TISSA-UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar TISSA-UUM

PERAI: Prof. Tan Sri Dr. Fng Ah Seng telah dilantik semula sebagai Profesor Adjung di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) mulai 20 Oktober 2022 hingga 19 Oktober 2023.

Pelantikan semula itu dibuat atas sumbangan besar beliau yang memberi manfaat kepada universiti sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam bentuk idea, kepakaran mahupun sumbangan kewangan.

Watikah lantikan beliau itu diserahkan ketika lawatan delegasi pengurusan TISSA-UUM yang diketuai Dekan, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf ke pejabatnya di Epic Valley Holdings Sdn Bhd, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Nor Aziah berkata, sumbangan besar Tan Sri Fng sangat banyak kepada UUM, khususnya kepada TISSA-UUM, jadi beliau merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada beliau.

Fng Ah Seng (tengah) dilantik semula sebagai Profesor Adjung TISSA-UUM atas sumbangan besar beliau kepada UUM dalam pembangunan pelajar khsusunya di TISSA-UUM.

Pada 29 November 2022, Tan Sri Fng selaku Pengerusi Yayasan Muhibah dan juga Pengarah Urusan Epic Valley Holdings telah berkongsi idea dalam siri syarahan Profesor Adjung kepada pelajar dan pensyarah TISSA-UUM bertajuk ‘Strategies To Win in A Challenging Economy’.

Sepanjang 2022, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng telah memberikan sumbangan kewangan untuk pelbagai aktiviti anjuran TISSA-UUM yang melibatkan jumlah keseluruhan lebih RN90,000.

Sementara itu, Tan Sri Fng menyatakan harapannya agar TISSA-UUM dapat memberi penekanan terhadap aspek penerapan nilai-nilai murni ke atas setiap pelajarnya.

“Biasanya kejayaan seseorang bergantung kepada nilai murni yang dimiliki kerana hanya 20 peratus graduan akan dinilai pada kemahiran teknikal, manakala 80 peratus kejayaan ditentukan aspek nilai murni dan kemahiran insaniah lain,” katanya.