UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Food Bank SOC manfaatkan pelajar

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar SOC/UUM Today

SINTOK: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) melalui Jawatankuasa Kebajikan Pelajar dan Food Bank SOC telah mula mengerakkan dan menyediakan makanan dan minuman khususnya untuk keperluan sarapan pagi kepada pelajar di pusat pengajian ini.

Dekan SOC, prof. Dr. Ghazali Osman berkata, matlamat utama program Food Bank SOC ini adalah bagi memastikan pelajar mendapat bantuan makanan dan minuman secara percuma sebelum menghadiri kelas pada sesi pagi, khususnya.

Menurutnya, pihak SOC telah menyediakan sarapan pagi seperti nasi lemak dan pelbagai jenis makanan dan minuman ringan yang lain seperti biskut, air kotak, kopi, teh dan mi segera kepada pelajar setiap pagi Ahad hingga Khamis setiap minggu semasa sesi kuliah di pekarangan DKG 4 yang merupakan tempat tumpuan pelajar untuk menghadiri kelas.

Selain itu, SOC turut menyediakan mesin penapis air Coway berserta keperluan minuman pagi seperti kopi dan teh untuk pelajar menikmati minuman panas pada setiap pagi di Foyer Bangunan SOC.

Sementara itu, pelajar Semester 2, Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Mah Hui Ching merakamkan penghargaan atas usaha SOC dalam menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada pelajar melalui program Food Bank itu.

“Saya berharap agar hebahan berkenaan Food Bank SOC ini dapat memanfaatkan semua pelajar dan diuar-uarkan dalam platform media sosial bagi menarik lebih ramai pelajar,” ujarnya.

Tinjauan rambang yang dibuat oleh pihak SOC juga mendapati pelajar sangat menghargai dan berterima kasih atas inisiatif yang dilaksanakan itu.

Penyediaan barangan makanan dan minuman untuk Food Bank SOC ini adalah atas sumbangan oleh staf SOC dan orang ramai.