UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

FWD Takaful, IBS UUM bantu asnaf, penduduk Padang Terap jadi usahawan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Kirti Vithyananthan (Pelajar Pelatih dari SMMTC)
Gambar Hairul Nizam Zahari/UUM Today

KUALA NERANG, 29 Januari – Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan FWD Takaful Berhad menganjurkan Karnival Semarak Kasih untuk membantu golongan asnaf dan miskin di Padang Terap menjadi usahawan.

Program yang dibuat sempena Hari Pengasasan Ke-40 tahun UUM di Pusat Komuniti Kreatif Kg Lebai Saman, Naka itu antara lain menyediakan mesin jahit dan menaik taraf dewan serbaguna, selain menghulurkan zakat kepada mereka yang layak.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan menyampaikan zakat kepada seramai 30 orang terdiri daripada golongan asnaf iaitu golong fakir miskin daripada kampung berkenaan.

Program Semarak Kasih itu dianjurkan oleh IBS UUM dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, RISDA, Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, GiatMara dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Program ini diadakan untuk tujuan membantu masyarakat kampung dan UUM menjadi pemudah cara untuk bantuan kewangan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah FWD Takaful. Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin merasmikan Majlis Penyerahan Mesin Jahitan dan Majlis Pelancaraan Naik Taraf Dewan Serbaguna Pusat Komuniti Kreatif.

Pusat Komuniti Kreatif Kg. Lebai Saman dipilih untuk keusahawanan komuniti menggunakan dana sosial Takaful dengan penyediaan sokongan kewangan, penganjuran latihan serta perancangan kewangan yang mampu menjana ekonomi dan kesejahteraan sosial penduduk setempat.

Program ini disertai kira-kira 80 penduduk dari Kampung Lebai Saman, Naka.