UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Food Bank SLCP ringankan beban pelajar UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar SLCP/UUM Today

SINTOK, 4 Februari – Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah menyerahkan bungkusan ‘Food Bank’ bagi bulan Februari kepada dua Inapan Siswa (INASIS) iaitu INASIS MISC dan INASIS BSN sempena ‘Food Bank’ Kongsi Rezeki SLCP pada Khamis lalu.

Barangan sumbangan terdiri daripada dua bungkus biskut, dua cawan mi segera dan 10 sachet 3 in 1 soya, kopi dan oat serta 8 kotak mi segera.

Pengerusi Jawatankuasa Jaringan Industri Masyarakat SLCP, Muhammad Fadhli Mohd Diah telah menyerahkan sumbangan itu kepada Pengetua INASIS MISC, Dr. Mazri Yaakob bagi mewakili INASIS MISC dan INASIS BSN.

Menurutnya, beliau berharap sumbangan itu akan membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Dr. Mazri berkata, pihak INASIS sangat berbesar hati dan bersyukur menerima sumbangan barangan makanan kering ini memandangkan ‘Food Bank’ di setiap INASIS pada waktu ini perlu diisi bagi menampung keperluan pelajar.

“Hal ini kerana pada hujung semester, ramai pelajar yang sudah kekurangan wang saku dan mengharapkan kepada makanan daripada ‘Food Bank’ di INASIS yang mereka diami.

“Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan,” katanya.