UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar WorldSBK

Bekas pelumba MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah menganggap seseorang calon itu perlu menolak kepentingan individu sekiranya berhasrat menerajui sukan permotoran negara.

Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan rakannya, Azlan Shah Kamaruzaman berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.

“Ada betulnya kenyataan Azlan Shah kerana hanya ada 2 atau 3 pelumba dalam saingan Asia,” katanya yang baru menyambung kontrak bersama pasukan Mie Racing Japan menjelang saingan WorldSBK musim depan itu di Nadi Weekend, malam tadi.

Hafizh Syahrin menyambung kontrak bersama pasukan Mie Racing Japan menjelang saingan WorldSBK musim depan. – Foto Astro Arena

Malaysia tidak kekurangan pelumba berbakat, sebaliknya memerlukan nafas baru dalam aspek pengurusan bagi memacu sukan permotoran ke pentas antarabangsa, sebagaimana kewujudan Petronas Raceline Malaysia pada awal pembabitannya dalam MotoGP pada 2011.

“Kenapa tidak boleh bantu sukan permotoran?

“Kami perlukan seorang pemimpin dalam permotoran ini yang bukan sahaja (beri sokongan) daripada segi kewangan, malah saling berjuang bersama-sama pelumba untuk sukan ini terus berkembang.

“Saya perlukan seseorang yang tidak pandang benda lain, cuma cuba membantu pelumba.

“Saya harap ada pasukan Malaysia seperti saya dulu, malah lebih lagi. Saya mungkin boleh tawarkan pengalaman kepada pelumba muda.

“Saya rasa sukan ini tidak boleh ada ‘hal’ luar masuk campur sebab pelumba sentiasa berikan (komitmen) lebih 100 peratus. Kami ‘bermain’ (mempertaruhkan) nyawa sendiri, jadi kami tidak main-main.

“Kalau dapat pengurusan dan pakej yang baik, mestilah kami mahu berikan yang terbaik,” katanya. – Astro Arena