Gambar UUM Press/UUM Today
SINTOK: UUM Press yakin dengan hala tuju baharu Malaysian Management Journal (MMJ) akan menarik lebih banyak perolehan makalah.
Pengarah UUM Press, Rosma Ishak berkata, perkara ini selepas sesi percambahan idea di Bengkel Semakan Skop Bidang Jurnal Pengurusan antara MMJ dan International Journal of Management Studies (IJMS) di EDC UUM, baru-baru ini.
Menurutnya, tujuan bengkel tersebut adalah untuk meneliti semula bidang pengurusan antara kedua-dua jurnal agar tiada pertindihan dan hala tuju jurnal lebih jelas, berfokus serta dapat menarik perolehan makalah.

Bengkel ini telah dihadiri Ketua Sidang Pengarang kedua-dua jurnal iaitu Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam selaku Ketua Pengarang MMJ dan Prof. Madya Dr. Johanim Johari sebagai Ketua Pengarang IJMS serta beberapa ahli Sidang Pengarang jurnal.
Sesi bengkel ini telah berjaya mencapai persepakatan bagi merungkai pertindihan skop bidang perolehan makalah kedua-dua jurnal ini.
Resolusi bengkel ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jurnal Universiti (JPJU). Bidang jurnal IJMS dikekalkan seperti sedia ada, manakala bidang jurnal MMJ dimurnikan dan dikemas kini kepada bidang baharu yang lebih berfokus.

Di samping itu, beberapa cadangan juga akan dikemukakan untuk manfaat penulis yang berjaya menerbitkan dalam jurnal yang bertaraf MyCite dan ESCI.
Turut hadir, Dekan dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Prof. Madya Dr Shuhymee Ahmad dan Dr. Yusmani Mohd Yusoff.- Zurina Yahya