UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) Negeri Kelantan 2023 Jun ini

BACHOK: Lembu Sado bakal menghangatkan pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) Peringkat Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 14 hingga 18 Jun 2023 bertempat di Pantai Irama, Bachok, Kelantan.

Lebih 50 jenis baka-baka lembu akan dipamerkan antaranya lembu, Brahman, Limousin, Charolais, Angus dan banyak lagi.

Antara aktiviti lain booth pameran jabatan, pameran pertandingan hasil tanaman, gerai jualan anak pokok dan nurseri, gerai jualan makanan berasaskan industri asas tani, pameran binatang ternakan dan banyak lagi gerai-gerai jualan menyertai expo tersebut.

Pengarah Pertanian Negeri Kelantan, Norbahani Zakaria, berkata program HPPNK 2023 ini merupakan aktiviti tahunan Jabatan Pertanian yang akan diadakan setiap tahun dan bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaacob.

“Anugerah pemenang pertandingan hasil tanaman, booth pameran Jabatan, pertandingan lembu sado dan anugerah peladang jaya akan disampaikan semasa majlis perasmian tersebut,” katanya kepada pemberita Ahad lalu.

Beliau berkata, tema HPPNK 2023 adalah “Memacu Keterjaminan Makanan” yang melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd bertindak sebagai agensi pelaksana.

Menurutnya, expo ini dijangka mengamit hampir 50,000 pengunjung kerana program ini diadakan pada musim cuti sekolah bermula Jun ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan HPPNK 2023, boleh ikuti laman facebook hppnkelantan untuk infomasi terkini.