UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Hasrat Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sejak daripada bangku sekolah untuk menjadi pembaca berita akhirnya tercapai apabila diberi penghormatan membuat penampilan eksklusif bagi edisi sulung ‘Stadium RTM (Radio Televisyen Malaysia)’ dalam Berita Perdana, semalam.

Yeoh yang tampil dengan blazer berwarna merah dilihat tidak kekok dan tampil bersahaja ketika mengemudi segmen yang memaparkan perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa selama lebih empat minit itu.

Antara bahan berita dibaca Yeoh adalah paparan mengenai penyertaan Malaysia di Sukan SEA, diikuti proses penurapan Litar Antarabangsa Sepang serta prestasi Harimau Malaya yang mencatat dua kemenangan dengan menumpaskan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, baru-baru ini.

Beliau juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram yang memaparkan wajahnya serta pembaca berita RTM lain beserta kapsyen ‘bucket list’ berhubung pengalamannya membaca berita di stesen televisyen milik kerajaan tersebut yang bersiaran pada jam 8 malam setiap hari.

“Terima kasih @beritaRTM atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai penyampai pertama untuk segmen ini,” katanya dalam satu lagi hantaran di laman Instagram ketika mempromosi Stadium RTM, Khamis lepas (30 Mac).

Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini (2 April).

Selain Stadium RTM, wajah baharu Berita Perdana turut dimantapkan dengan satu lagi segmen baharu iaitu “H-Klik” yang mengetengahkan perkembangan seni kreatif dan hiburan tanah air. – BERNAMA