UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

IBS-A johan boling Piala PNC UUMCOB

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Nur Hazlina Ghazali/UUM Today

ALOR SETAR: Pasukan IBS-A mengungguli Pertandingan Boling Piala PNC UUMCOB, sekali gus mengetepikan 11 pasukan dari enam pusat pengajian dan pusat tanggungjawab di bawah UUMCOB dalam pertandingan yang berlangsung di AmanBowl, Aman Central, baru-baru ini.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Prof Madya Dr. Shuhymee Ahmad berkata, Pertandingan Boling Piala PNC UUMCOB ini merupakan satu inisiatif Penolong Naib Canselor (PNC) UUMCOB dalam usaha menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja UUMCOB.

Di samping itu, menurutnya, ia bertujuan memupuk semangat setiakawan serta menjalin hubungan baik antara pusat pengajian lain.

Beliau yang mewakili Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad berkata, terdapat lima anugerah dan beberapa kategori dipertandingkan untuk mencapai objektif program bagi menggalakkan kakitangan UUMCOB menyertai dan membudayakan aktiviti sukan serta meningkatkan keharmonian dan perpaduan antara peserta.

Pertandingan yang julung kali diadakan mendapat penyertaan keseluruhan seramai 60 pemain terdiri daripada kalangan staf akademik dan pentadbiran.

Pasukan IBS-A telah memenangi juara keseluruhan dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500 dan Piala Pusingan, manakala pasukan SEFB-2 merangkul naib johan dan pasukan TISSA-1 di tempat ketiga.

Selain itu, pemain terbaik kategori lelaki dimenangi oleh Dr. Raja Rizal Iskandar Raja Hisham dari Pusat Pusat Pengajian Perniagaan Islam dengan jatuhan pin sebanyak 443 bagi 3 pusingan, manakala kategori wanita dimenangi oleh Dr. Khairina Rosli dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz dengan jatuhan pin sebanyak 394 bagi 3 pusingan. – Nur Hazlina Ghazali