UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

IHM UUM kongsi kepentingan halal dalam industri halal Kedah

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Nurul Syahidah Muhamad Puzi/UUM Today

SINTOK: Kepentingan halal sangat besar sama ada dalam kehidupan individu mahupun organisasi khususnya dalam konteks penyediaan makanan dan minuman.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi kesedaran berkenaan halal dalam kalangan pemain industri, seramai 50 peserta dari pelbagai latar belakang organisasi telah menyertai Latihan Kesedaran Halal Sesi Awam bagi sesi November 2023 anjuran Institut Pengurusan Halal (IHM), Pusat Pengajian Perniagaan (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengarah IHM, Dr. Nor Aina Mhd Khotib berkata, Latihan Kesedaran Halal Sesi Awam ini dijalankan secara berkala di UUM pada setiap dua bulan sekali dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak industri.

Dalam bengkel ini, menurutnya, peserta membincangkan konsep halal dan haram serta kepentingan konsep halalan thoyyiban dalam pengurusan perniagaan di peringkat industri.

“Latihan ini juga memberi pendedahan secara terperinci mengenai Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) yang digunapakai sebagai garis panduan dalam mempraktikkan etika halal dalam pengurusan sesebuah perniagaan.

“Peserta juga turut memberikan beberapa pandangan serta perkongsian berkaitan isu-isu halal dan haram dalam industri,” katanya.

IHM turut mendapat undangan untuk mengadakna bengekal sedemikian secara ‘in-house’ oleh pihak industri, selain menawarkan Latihan Kompetensi Halal, Latihan Eksekutif Halal, Latihan Audit Halal Dalaman dan Latihan Jawatankuasa Halal Dalaman.

Setiap latihan halal ini disampaikan oleh Tenaga Pengajar Halal (TPH) yang diiktiraf oleh JAKIM. – Nurul Syahidah Muhamad Puzi