UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

IIEC 2024 platform ahli akademik UUM main peranan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Syahrina Abdullah

Gambar Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa/UUM Today

KUALA NERANG, 12 Februari – Dalam meningkatkan kolaborasi dan kecemerlangan akademik, ahli akademik dalam bidang keusahawanan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil peranan penting sebagai juri di Karnival Inovasi dan Keusahawanan Antarabangsa 2024 (IIEC 2024) anjuran Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah pada 5 Februari lalu.

Program ini merupakan kerjasama dan muafakat Cawangan Kolej Mara Kuala Nerang, Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary dan MyRIS merupakan titik pertemuan inovasi dan keusahawanan, dalam kecemerlangan akademik di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Penyelaras dari Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Syahrina Abdullah bersama Ts. Dr. Mathivannan Jaganathan dan Dr. Azrain Nasyrah Mustapa dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah mewakili UUM sebagai juri membawa pengetahuan dan kepakaran luas mereka ke hadapan platform antarabangsa ini.

Penyertaan mereka tidak hanya menonjolkan komitmen UUM dalam memajukan inovasi dan keusahawanan tetapi juga memperlihatkan peranan universiti dalam membentuk masa depan pendidikan dalam bidang keusahawanan.

Syahrina berkata, IIEC 2024 menjadi momen penting bagi pelajar, ahli akademik dan usahawan dari seluruh dunia untuk mempamerkan projek inovatif dan usaha keusahawanan mereka.

Menurutnya, karnival ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara akademia dan industri, menyediakan peluang unik bagi peserta untuk berinteraksi dengan pakar dan mendapatkan pengalaman berharga ke arah lanskap perniagaan yang berkembang.

“Keterlibatan ahli akademia UUM sebagai juri pada karnival tersebut khususnya menjadi perhatian pihak penganjur. Peranan kami dalam menilai dan memberikan maklum balas terhadap projek peserta tidak hanya meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk semua yang terlibat tetapi juga menyumbang kepada kejayaan keseluruhan karnival.

“Kepakaran juri ini membantu dalam mengenal pasti bakat dan idea inovatif yang berpotensi membuat impak signifikan dalam pelbagai sektor,” katanya.

IIEC 2024 telah menetapkan penanda aras baru untuk kolaborasi akademik dan industri yang membuka pintu untuk kerjasama dan inovasi masa depan yang dapat mendorong kemajuan sosial dan ekonomi.

Seiring UUM terus memainkan peranan penting dalam usaha ini, komitmen universiti terhadap kecemerlangan dan inovasi tetap kukuh kepada seluruh komuniti setempat.

Kejayaan IIEC 2024 adalah bukti usaha bersama semua penganjur, peserta, dan juri. Ia menonjolkan pentingnya kolaborasi dan pertukaran idea dalam memupuk budaya inovasi dan keusahawanan yang melintasi sempadan. Justeru, peranan dan sumbangan ahli akademik UUM amatlah relevan dalam memandu arah dan impak acara pasti akan diingati dan diraikan.