Gambar INASIS TM/UUM Today
SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Karnival Sukan Mahasiswa (KASUMA) yang telah berlangsung mulai 7 November hingga 28 November di Pusat Sukan UUM.
Karnival sukan ini merupakan acara tahunan universiti yang melibatkan penyertaan peserta dari Inapan Siswa (INASIS) UUM yang mewakili kategori sukan dipertandingkan.

Turut mengambil bahagian ialah INASIS TM yang menghantar seramai 250 atlet daripada pelbagai sukan.
Antara sukan yang dipertandingkan adalah sukan bola tampar, bola baling, futsal dan banyak lagi.