UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

INASIS YAB dan Bank Muamalat hargai mantan JKPS/RS, rai JKPS/RS baharu dan AJKS

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Putri Natasya Azizan/UUM Today

SINTOK: Bagi menghargai usaha mantan JKPS/RS yang lama dan meraikan mantan JKPS/RS lama dan baharu serta menghargai usaha pelajar yang terlibat sebagai Ahli Jawatan Kuasa Minggu Suai Kenal (MSK) bagi sesi A231, program ‘Eternal Elegance The Fallen Angel’ telah diadakan di EDC-UUM, baru-baru ini.

Program telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di mana dalam ucapan beliau menekankan elemen pembentukan karekter pelajar dan pemerkasaan graduan holistik bagi mencapai gaji premium selepas bergraduasi nanti.

Beliau juga mengharapkan agar para pelajar dapat mencari peluang dan ruang yang ada sepanjang berada di INASIS atau di universiti untuk meningkatkan jaringan industri dengan melibatkan diri dalam program pensijilan profesional yang ada.

Sementara itu, Pengarah program, Nurul Huda Suhaimi amat bersyukur program dapat berjalan dengan lancer dan teratur.

Beliau berharap melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam program itu dapat memberikan semangat dan memupuk nilai positif dalam diri pelajar.

Melalui perkongsian alumni yang disampaikan oleh Haziq ini jelas membuka minda pelajar agar berani dan bersedia menjadi pemimpin kerana kepimpinan ini tidak mudah sebab ia menggalas amanah dan tanggungjawab yang begitu berat serta bijak menyusun jadual untuk seimbangkan urusan akademik dan kepimpinan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi dan Mejar Dr. Mohd Adib Abd Muin selaku Pengetua Inasis YAB dan Bank Muamalat. – Muhammad Afiq Azman