UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

J-Hope BTS bakal sertai khidmat tentera

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar allkpop

SEOUL: J-Hope atau Jung Hoseok, anggota BTS kedua yang bakal menyertai khidmat tentera tidak dalam lagi.

Menurut ejen kumpulan itu pada Ahad, anggota kumpulan K-pop BTS berusia 29 tahun itu membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera.

BigHit Music tidak memberikan tarikh J-Hope akan menyertai perkhidmatan itu dan pengumuman akan dibuat sebaik notis pendaftaran diperoleh.

Keputusan itu dibuat dua bulan selepas Jin, anggota tertua BTS menyertai perkhidmatan itu.

Kesemua tujuh anggota kumpulan K-pop itu merancang untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan merancang untuk membuat penampilan bersama pada 2025.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan berkhidmat dalam pasukan tentera selama kira-kira dua tahun.