Gambar Hairul Nizam Zahari/UUM Today
SINTOK: Kehadiran delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) terhadap Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meningkatkan hubungan dua hala.
Delegasi JKNK yang diketuai Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dato’ Dr. Othman Warijo itu bertujuan untuk bekerjasama dengan UUM dalam bidang penyelidikan yang berfokuskan pengurusan.
Di samping itu, menggunakan kepakaran dimiliki UUM dan JKNK untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Dr. Mohd Foad berkata, beliau berbesar hati kerana UUM dapat bekerjasama dengan JKNK dalam bidang kesihatan yang boleh diterokai penyelidik universiti ini.
Menurutnya, sebelum ini kolaborasi dalam penyelidikan banyak memfokuskan kepada sikap dan penerimaan masyarakat terhadap makanan dan isu kesihatan.
Beliau turut menawarkan peluang melanjutkan pengajian kepada warga JKNK dalam bidang kerja sosial.
Selain itu, UUM juga akan mendalami eGL untuk pelajar bagi memudahkan mereka mendapat akses rawatan di hospital kerajaan di Kedah.
Kaedah ini secara tidak langsung akan menjimatkan kos dan lebih memudahkan proses tersebut.
Sementara itu, Dr. Othman berkata, JKNK hanya mempunyai lapan pegawai kerja sosial, justeru tawaran UUM itu adalah peluang kepada mereka untuk meneroka dan perkembangkan lagi bidang tersebut.

Tambahnya lagi, JKNK juga bersedia menawarkan ‘Continous Professional Development’ (CPD) khususnya kepada pegawai perubatan di UUM.
“Kita juga pernah memohon kepakaran universiti ini dalam membangunkan program meningkatkan kompentensi pegawai dalam kepimpinan.
“Kita gembira kerana UUM telah membantu dalam program tersebut yang dipanggil kebitaraan,” ujarnya.
Hadir sama, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Adi Azhar Abd Razak; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr. Farique Rizal Abdul Hamid dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Khairuddin Mohd Talib.