UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Jadikan inspirasi kejayaan Aaron-Wooi Yik

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

KUALA LUMPUR: Kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik merangkul gelaran juara pada Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun baru-baru ini diharap menjadi inspirasi kepada pemain muda negara dan semua atlet.

Negara melakar sejarah apabila Aaron-Wooi Yik tersenarai dalam kelompok lima terbaik dunia selepas kejayaan di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Wooi Yik (kiri) dan Aaron memahat sejarah tersenarai dalam kelompok lima pemain terbaik dunia. Gambar AP

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemain yang berada di kedudukan kelima terbaik dunia mampu meraih pendapatan lebih RM1 juta setahun.

“Kejayaan juara dunia ini diharap akan menjadi sumber inspirasi kepada semua khususnya pemain-pemain lain.

“Saya berharap ia dapat menyemarakkan lagi pemain muda kita di ABM ini untuk berada dalam kelompok lima terbaik dunia. Ini pasti akan menjadi pendorong buat remaja Malaysia untuk menjadikan badminton (sebagai sukan pilihan), pemain dan karier secara serius,” katanya Norza dalam majlis penyampaian insentif kepada kedua-dua pemain ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam.

Pada majlis berkenaan, Aaron dan Wooi Yik menerima ‘durian runtuh awal’ RM500,000 keseluruhan daripada BAM dan juga rakan strategik badan induk berkenaan seperti Yonex dan 100 PLUS.

Kedua mereka masing-masing menerima RM150,000 daripada BAM dan keseluruhannya RM300,000 daripada BAM. Selain itu, mereka juga menerima RM50,000 seorang daripada Yonex dan RM50,000 seorang daripada 100PLUS.