UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Jalinan Kasih bersama anak yatim Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Anis Zulaikha Kamal

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG)/UUM Today

KUALA KETIL, 13 Mac – Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Penjagaan Swasta yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengadakan program khidmat masyarakat bersama anak yatim Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam, baru-baru ini.

Program CSR itu melibatkan lapan staf PPKKG dan pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH), Sungai Petani.

Pegawai Psikologi PPKKG, Muhammad Noor Fitri berkata, PPKKG menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan harian seperti minyak masak, beras, dan barangan dapur lain sempena bulan Ramadan bagi menampung keperluan anak yatim di pertubuhan ini dan turut mendapat sumbangan duit raya.

Menurutnya, PPKKG juga mengadakan aktiviti bimbingan untuk meningkatkan motivasi diri anak-anak yatim bersama Pegawai Psikologi, Nur Farah Johari

“Melalui program ini, staf PPKKG dapat menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang, membina jati diri dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan secara tidak langsung UUM dapat menjalinkan kerjasama yang erat dengan komuniti luar.

“Saya berharap dengan lawatan ini dapat menimbulkan rasa kegembiraan serta keceriaan pada anak-anak yatim tersebut,” katanya.

Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang didiami seramai 16 anak-anak berumur antara lapan hingga 22 tahun.

Pertubuhan ini diuruskan oleh pasangan suami isteri, Mohamad Rosli Yahaya bersama isterinya.