UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Jamilah, mantan Ketua Pustakawan harap jalankan tanggungjawab tanpa balasan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Hasma Harun

Gambar Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail/UUM Today

SINTOK, 12 Februari – Mantan Ketua Pustakawan, Jamilah Mohamed berharap warga kerja Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) dapat bekerja bersungguh-sungguh tanpa harapkan balasan.

Menurutnya, kerja dengan ikhlas dan komitmen yang tinggi akan menghasilkan output yang berkualiti dan balasan setimpal akan diperolehi kemudian.

“Kita tidak perlu mengubah struktur organisasi yang sedia ada sekiranya set-up sedia ada sudah mantap dan bagi mengelakkan masa terbuang kerana penstrukturan semula setiap kali pertukaran akan melambatkan organisasi atau jabatan untuk take-off bagi memperolehi pencapaian seterusnya.

“Namun, perubahan perlu juga dirancang dan dilaksanakan dengan kadar segera sekiranya keadaan asal lemah dan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya,” katanya di Majlis Naratif Mantan Ketua Pustakawan bersempena Ulang Tahun Pengasasan UUM ke-40.

Jamilah sangat berbangga dengan semua staf PSB sejak zaman kepimpinan beliau sehingga sekarang menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam semua tugasan diberi sehingga memenangi pelbagai anugerah dalam pertandingan sama ada di peringkat UUM mahupun peringkat kebangsaan.

Beliau memiliki Sarjana Muda Sains dari Universiti Madras, India (1972) dan Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Sains Perpustakaan, University of Wales, United Kingdom pada 1976 pakar dalam pengkatalogan dan metadata, reka bentuk kemudahan bangunan perpustakaan, pengurusan perpustakaan, pengurusan kualiti serta pengurusan acara (F&B). 

Sepanjang perkhidmatan beliau di UUM selama 30 tahun iaitu sejak 19 Ogos 1984, beliau telah bertugas sebagai Ketua Penolong Pustakawan, Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan pada 1 Jun 1994 hingga 18 Jun 1996 dan seterusnya sebagai Pemangku Ketua Kustakawan pada tahun 1996.

Tanggal 19 Jun 1996, Jamilah telah dilantik memegang jawatan Ketua Pustakawan sehingga beliau bersara pada 2004.

Jamilah berkata, PSB telah menunjukkan berbagai pencapaian berprestij, antaranya perpustakaan pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sistem kualiti ISO 9000, tempat pertama dalam pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, perarakan Maulidur Rasul, kekal berfungsi sebagai AJK Jamuan Konvokesyen UUM bagi setiap majlis konvokesyen UUM dan sebagainya.

Harapan beliau dengan kepimpinan sekarang iaitu Ketua Pustakawan, Prof. Dr. Che Azlan Taib, PSB akan terus cemerlang dan dapat meningkatkan kualiti tugas dan perkhidmatan PSB kepada pengguna perpustakaan bersesuaian dengan kehendak pelanggan pada masa kini.

Beliau sangat berterima kasih kepada PSB yang menjemputnya untuk sesi Naratif Mantan Ketua Pustakawan dengan majlis yang sangat meriah dan mengalu-alukan kehadiran beliau.