UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Jerayawara JPPI selesaikan isu di INASIS

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)

Gambar Shamsaimi Ezil/UUM Today

SINTOK, 28 Januari – Majlis Penutup Roadshow Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI) ke INASIS 2023/2024 dijalankan dengan jayanya di Dewan INASIS MAS.

Roadshow JPPI ke INASIS ini merupakan satu pendekatan yang baik untuk menyelesaikan aduan kerosakan dan masalah yang timbul di INASIS.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, dengan adanya jerayawara ini diharapkan sebarang masalah dan kerosakan yang timbul dapat diatasi oleh JPPI ataupun INASIS dalam tempoh yang cepat.

“Saya memohon agar semua pihak sentiasa peka dan mengambil tahu sistem Aduan FMS yang telah JPP laksanakan”, katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, sekali gus merasmikan Majlis Penutup Roadshow JPPI ke INASIS 2023/2024, Rabu lalu.

Dr. Mohd Foad berkata, bagi tahun 2024, universiti telah mendapat peruntukan sebanyak RM62 juta untuk menaiktaraf ICT dan prasarana universiti.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI), LAr Noraini Abu Saman dan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin.