Gambar Google
SEOUL: Penyanyi BTS, Jin atau nama sebenar, Kim Seok-jin, 30, memulakan latihan khidmat ketenteraan wajib Korea Selatan bermula semalam.
Jin menjadi ahli kumpulan yang pertama mendaftar sejak pengumuman untuk ‘berehat’ daripada aktiviti seni secara berkumpulan tahun ini.

Sebelum ini timbul perdebatan sama ada BTS layak mendapat pengecualian, namun pada Oktober lalu mereka mengesahkan bahawa kesemua ahli BTS akan menjalani latihan ketenteraan.
Jin akan memulakan latihan selama lima minggu bermula Selasa, kata tentera.
Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa bintang K-Pop itu dijangka dikerahkan ke unit ‘barisan hadapan’ berhampiran sempadan Korea Utara, yang mana Korea Selatan kekal berperang secara teknikal.

Bagaimanapun penganalisis berkata pengumuman itu ditetapkan secara strategik kerana tugas wajib ketenteraan.
Kumpulan BTS akan kembali secara bersama pada 2025 apabila semua ahlinya menamatkan perkhidmatan ketenteraan mereka. – AFP