ALOR SETAR: Jom beramai-ramai ke Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berlangsung mulai esok sehingga 4 September ini di perkarangan Stadium Darulaman.
Program bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Universiti Utara Malaysia (UUM) juga tidak ketinggalan menjadi sebahagian pempamer di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang akan turut serta di reruai K18.
Antara pengisian aktiviti anjuran UUM yang berlangsung di pekarangan stadium ialah demo masakan oleh STHEM, Discover UUM, Pameran Cyntok Bhatik dan persembahan kebudayaan, manakala program melibatkan komuniti luar adalah Games & Gamifications Development Training (SK Sultanah Asma), Bengkel Kewartawanan dan Foto (Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin) serta Bengkel Pemasaran Digital dan Kandungan Kreatif (Kompleks Belia dan Sukan).

Selain itu, beberapa program ‘outreach’ bersama penduduk Kampung Seberang Pumpong, Alor Setar turut diadakan seperti Pameran dan Saringan Kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti, Bengkel Literasi Digital Bersama Warga Emas, Program ‘Trash Hero’ dan Program UUM Berkongsi Rezeki.
Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini juga, lebih 100 reruai akan dibuka yang melibatkan 27 agensi kerajaan, 79 reruai jualan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan satu reruai di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), selain reruai usahawan desa di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), ‘food truck’, jualan Keluarga Malaysia, Citarasa Keluarga Malaysia dan bas perkhidmatan.
Turut diadakan program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia.
Pakat mai ramai-ramai ke Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia dan amalkan SOP terkini!
Jangan lupa daftar awal kehadiran di pautan ini https://bit.ly/JAKMKEDAH atau imbas kod QR.