UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

JPDP kongsi kepakaran dalam aspek berkaitan Pemakaian Akta Perlindungan 709

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Sintok – Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Jabatan Perlindungan Data Perbadi (JPDP), Kementerian Digital Malaysia berkongsi kepakaran dalam aspek berkaitan Pemakaian Akta Perlindungan Data Peribadi  (Akta 709) dan Pindaan Akta 709 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed mengadakan pertemuan ini dengan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Prof. Dr Mohd Nazri Kama dan pegawai-pegawai universiti.

Katanya, perkongsian ini susulan daripada Taklimat Penghantaran Data MyMoheS – Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 12 Disember 2023 yang lalu.

“Memandangkan kadang-kala kita mendapat permohonan daripada pelbagai pihak, khususnya berkaitan dengan data pelajar. Hari ini kita boleh meneliti apakah proses kerja yang kita lakukan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi dan menepati serta mendapatkan input dan memperbetulkan proses kerja kita nanti,  ” ujarnya.

UUM sebagai sebuah Badan Berkanun juga tertakluk kepada Akta 709 ini dan sebarang pelanggaran akan mendedahkan universiti kepada tindakan undang-undang.

Moga pertemuan ini dapat membantu organisasi meneliti aspek-aspek perlindungan data peribadi ini.

Sementara itu Prof. Dr Mohd Nazri Kama berkata, perkongsian sepintas lalu mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) yang berkuatkuasa sepenuhnya pada 15 November 2013 ini bertujuan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial di negara ini. Manakala cadangan pindaan Akta 709 ini juga akan melibatkan transaksi bukan komersial sekiranya diluluskan untuk dikuatkuasa.

“Akta ini terpakai kepada mana-mana entiti yang memproses, mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial,” sambungnya.

Turut hadir Penolong Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Mohamad Azrul Azmi dan Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Prof Madya Dr Mazni Omar.