Gambar Google
SEOUL: Penyanyi utama BTS, Jungkook atau Jeon Jungkook telah berangkat ke Qatar bagi membuat persembahan di pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 yang dijadualkan pada 20 November ini.
Jungkook akan meninggalkan Korea Selatan hari ini menaiki pesawat sewa khas dari Lapangan Terbang Gimpo ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad.
Memetik laporan portal berita allkpop, BigHit pada 13 November lalu mengumumkan bahawa Jungkook, 25, ‘meminjamkan’ suaranya untuk runut bunyi Piala Dunia, sekali gus membuat persembahan di acara pembukaan yang berlangsung di Stadium Alcor Albeit.

Pihak pengurusannya berkongsi rasa bangga apabila Jungkook diumumkan sebahagian daripada penyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
“Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa Jungkook adalah sebahagian penyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar dan akan membuat persembahan di acara perasmian. Nantikan!” katanya.
Antara artis yang turut dijangka mengadakan persembahan pembukaan Piala Dunia 2022 ialah Lil Baby, Nora Fatehi dan Dua Lipa.