UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Jungkook BTS padam akaun Instagram

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

SEOUL: Ahli termuda kumpulan K-Pop BTS, Jungkook mengejutkan peminatnya apabila memadam akaun Instagram miliknya (@jungkook.97) semalam.

Penyanyi utama BTS itu membuat keputusan tersebut selepas muncul secara live di Weverse kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan) selama hampir 30 minit.

Jungkook memadam akaun Instagram @jungkook.97 miliknya semalam.

Jungkook dalam akaun Weverse miliknya menyatakan bahawa dia tidak akan kembali semula ke media sosial itu pada masa hadapan.

Malah, akan lebih kerap mengadakan live di Weverse selepas ini bagi berinteraksi bersama peminat.

Jungkook atau nama sebenarnya, Jeon Jungkook juga meminta peminatnya tidak risau apabila mendapati akaun Instagramnya sudah tiada.